Sunday, May 17, 2009

keraian

bulan mei memang penuh dengan keraian. ada hari pekerja, ada hari ibu, ada hari guru. itu tak termasuk hari ulangtahun penjodohan aku dan hari jadi teman hidupku. semua hari-hari itu aku lalui dengan kenangan-kenangan yang datang bertandang. sibuk mana pun, fikiran masih boleh menerawang jauh. waktu bekerja dahulu, terasa begitu dihargai dengan adanya hari pekerja. setelah bergelar ibu, tertunggu-tunggu juga anak-anak memberi ucapan tetapi faham dengan keadaan, aku lalui hari ibu dengan hambar. ketika bersekolah dahulu, hari guru paling aku nantikan kerana para guru akan beraksi dan jika tidak kerana hari guru, tidak lah aku dapat mendengar cikgu menyanyi, berpantun, berlakun dan bersyair. Seronoknya... menjelang ulangtahun penjodohanku, akulah orang pertama yang mengucap selamat, tepat seminit selepas tengah malam. Harap ku biarkah aku menjadi yang pertama mengucapkannya. dan ketika hari ulangtahun teman hidupku ini juga, aku yang pertama mengucapkan selamat. ucapan selamat yang penuh dengan harapan dan doa. semua hari-hari dalam bulan mei ini aku lalui dengan kalimah bismillah dan setakat ini, aku masih kuat untuk terus membelah badai. semoga allah kurniakan kesabaran yang jitu pada diri dan kalbuku.