Thursday, December 10, 2009

cuti-cuti

best nyer kalau dapat bercuti makan angin, kan?

bulan desember ni selain dari bulan tengkujuh, bulan pengantin, bulan year end sale, bulan berkhatan, bulan ni juga bulan orang gie bercuti. ada bercuti dalam negeri, ada yang kat luar negeri. bertuahlah badan!

bagi yang tidak ke mana2, . duduklah kat umah je.

Saturday, December 5, 2009

peristiwa d cuti raya

raya haji tahun ni memang meninggalkan banyak kenangan. mna x nyer, sehari sblum tu adik aku yang memandu kereta baru nyer tercium kereta orang tapi bukan itu yang best tapi rentetan dari peristiaw tu, aku melalui proses2 yang wajar dilakukan jika berlaku kemalangan seperti itu. mula dari mencari balai polis yang betul sebab kalau x, jadilah mcm bola ping pong, jenuh juga mncari, dah lah kwsn x berapa kenal dan papan tanda pun x ada untuk mmbntu. tanya kat juru tol, hampeh! tanya kat cashier petrol kiost pun mendap, agaknya dorg ni pun bukan org tmptn kot macam aku...setelah melalui jam2 yang memeritkn akhirnya kami pun teruskan perjalanan ke selatan.

hari raya pun tiba, walaupun x semeriah raya puasa, masih ada saudara yang dtg bertandang. malamnye, mak mertuaku membuat doa selamat untuk adik iparku yang cukup 7 bln mengandung dan aku ambil kesempatan meraikan hari jadi anak gadisku.

sehari selepas hari raya, aku mengkhatankan anak bujang aku yang nak msk 12thn thn depan. segala proses berjalan dgn lancar, alhamdulilah. aku juga mengambil kesempatan mengkhatankan anak perempuan kecilku. mujur doktor kegemaranku ada, jadi dapatlah aku melaksanakan proses itu dengan jayanye.

alhamdulilah, segala2nya berjalan dengan lancar.

sewaktu dalam perjalanan pulang ke lubuk rezekiku, macam2 yang dpt kulihat. dari anggota polis yang terlibat dlm kemalangan, duyunan kereta2 dari utara ke selatan, kesendatan RnR menerima tetamu dan jam yang bermula sebelum linggi dan berakhir di seremban. kalau biasanya, hanya 4 atau 5 jam perjalanan, x ini aku meredah 8jam perjalanan. setelah menanggung kesenggalan, akhirnya sampai juga aku di rumah. Allahhuakbar!

dan nampaknye, aku masih tidak bejaya untuk berhari raya ke rumah nenda sekali lagi, Allahakbar!

Monday, November 16, 2009

zoo negara

akhirnya sampai juga hajat anak2 aku nak melawat ke zoo negara. maklumlah asyik lalu lalang cuma baru semalam berjaya ke sana. sampai pun dah nak tengahari tetapi cuaca yang redup macam nak hujan tu, buat kami berjalan x lah terasa sangat letihnya. tetapi letih tetap letih juga. aku suka entrance nyer.. tempat nyer pun bersih dan terjaga baik. anak2 aku punyalah suka dapat lihat berbagai haiwan sedangkan bukannya x pernah melawat ke zoo negeri, bezanya, zoo negeri kecil, satu jam pusing dah siap. semalam lebih kurang tiga jam juga kami menyusur dari satu kandang ke satu sangkar.
ramai juga pelawat yang melawat seperti kami, ada couple, ada family, yang buat private function pun ada. ada anak2 sekolah tadika dan anak2 dari sekolah agama berserta cikgu masing2. agaknya kalau anak aku ikut serta lawatan yang dibuat oleh pihak sekolah kelmarin, mungkin macam ini jugalah gayanya.
selain menunaikan hajat anak2 aku nak ke zoo negara, aku punya idea aku sendiri. selalu sangat tengok cerita masam2 manis lakonan P.Ramlee tu, nak juga aku jengah di mana lokasi tasik tempat beliau berjumpa dengan gf nya tu. tasik ada tapi tentulah dah berubah keadaannya kan, kira okeylah.
lepas ni, ntah lokasi mana lagi anak2 aku minta dibawa.

SELAMAT HARI RAYA, NYIE

aku ingat lagi masa nenek dan atuk aku pergi menunaikan haji (selalunye orang panggil naik haji). dah lama dah, masa tu aku masih lagi kat sekolah menengah rendah, lama dah tu... masa kecik2 dulu, nenek yang besarkan aku, kiranya aku ni cucu manja lah. rasa rindu bila lama terpisah. rutin aku setiap pagi ialah pangkah kalender, x sabar nak tunggu nenek dan atuk aku balik. x sabar nak peluk nenek dan hidu bau minyak angin cap helang yang menggantikan minyak wangi walhal, aku selalu komplen x suka bau minyak tu tapi rasa rindu pulak masa tu. x sabar nak dapat gelang mekah yang bergulung2 tu, ada warna merah dan hitam. x pun macam gelang biasa tapi ada corak warna-warni. x sabar rasanya nak meneguk air zam2 yang orang selalu kata sungguh lazat tu. x sabar nak rasa buah2an kering macam kismis, zaiton, kekacang dan lain2. x sabarnye aku......
nenek aku selalu kata, bila dah sekali memijakkan kaki ke tanah suci, seperti hendak datang lagi setiap tahun. sejak balik dari tanah suci, setiap kali datang raya haji, nenek buat persiapan lebih sikit dari raya puasa.
sebut hal raya haji, x lama lagi dah nak sambut raya haji. tentu seronok jika dapat meraikan bersama nenek dan nenek walau selalu bising2 tetapi aku x kisah. janji dapat jumpa nenek tapi nak jumpa nenek untuk raya ini, aku x pasti terjadi atau tidak. maklumlah kita ni hanya merancang dan berusaha tetpi Allah yang menentukan segala.
SELAMAT HARI RAYA IDIL ADHA, NYIE!

Saturday, November 7, 2009

tengkujuh

Ya Tuhan! Punyalah tension aku nak sampai kat cni. Nilah gamaknye kalau SELALU sangat jengah laman yang dulu aku impi2kan. Aku berazam akan lebih rajin singgah di halaman ni, insyallah. X yah tunggu awal tahun, ni azam aku bermula ari ni.
Sekarang dah nak masuk musim tengkujuh, kesian rakyat2 kat pantai timur sebab musim banjir dah nak mula tapi tadi aku tengok berita, dorang macam x susah ati jek. Aku pulak yang risau, mana nak sidai baju, mana nak tdo kalau umah dah tenggelam dek air, mana bahaya lagi. Bila aku berbual ngan adik aku yang pernah stay kat sana, dia cakap, dorang dah lali, dah tak heran dah. Aku ni kesiankan para baby2, yang dah x baby lagi tu pandai2 dorang lah tapi aku tetap simpati lah. dorang pun kalau bleh x nak hadapi ni sume, kan? Aku pun pernah menghadapi banjir masa kecik2 dulu n nilah yang nak aku syer ngan ko org.
Masa tu tahun 1975, kws umah aku di bwh bukit, masa banjir2 tu aku ngan family aku punyalah kecoh menyelamatkan diri, orang yang kat belah atas bukit bleh selamba ke hulu ke hilir naik motor. Aku ingat lagi, bunyi tong minyak tanah berlaga2 sesama dia. Masa tu abah aku berniaga runcit kecil2an sebab tu ada tin minyak kat umah aku.
Mmm... baby dah panggil2 tu, jumpa lagi.

Sunday, May 17, 2009

keraian

bulan mei memang penuh dengan keraian. ada hari pekerja, ada hari ibu, ada hari guru. itu tak termasuk hari ulangtahun penjodohan aku dan hari jadi teman hidupku. semua hari-hari itu aku lalui dengan kenangan-kenangan yang datang bertandang. sibuk mana pun, fikiran masih boleh menerawang jauh. waktu bekerja dahulu, terasa begitu dihargai dengan adanya hari pekerja. setelah bergelar ibu, tertunggu-tunggu juga anak-anak memberi ucapan tetapi faham dengan keadaan, aku lalui hari ibu dengan hambar. ketika bersekolah dahulu, hari guru paling aku nantikan kerana para guru akan beraksi dan jika tidak kerana hari guru, tidak lah aku dapat mendengar cikgu menyanyi, berpantun, berlakun dan bersyair. Seronoknya... menjelang ulangtahun penjodohanku, akulah orang pertama yang mengucap selamat, tepat seminit selepas tengah malam. Harap ku biarkah aku menjadi yang pertama mengucapkannya. dan ketika hari ulangtahun teman hidupku ini juga, aku yang pertama mengucapkan selamat. ucapan selamat yang penuh dengan harapan dan doa. semua hari-hari dalam bulan mei ini aku lalui dengan kalimah bismillah dan setakat ini, aku masih kuat untuk terus membelah badai. semoga allah kurniakan kesabaran yang jitu pada diri dan kalbuku.

Saturday, December 20, 2008

pertama kali

masa-masa yang berlalu bagai tidak terasa, bagai ketinggalan amat. mematikan diri di daerah yang sunyi, terlalu sepi. kesempatan mengait ilmu yang tertinggal, sambil memimpin tangan-tangan mungil bersama. ini adalah anugerah yang tiada ternilai, untuk berjalan sama seiring, duduk sama rendahnya dan berdiri sama tingginya. inilah azam yang berjaya digapai walau ada suara berkata, terlewat sudah masanya. mungkin pada insan lain, ini satu pekara remeh, pekara mudah tetapi kelewatan sekian lama terperosok di perhentian ini, mendapat anugerah begini adalah sesuatu yang amat dihargai. terima kasih pada insan yang sudi melapangkan masa memimpin diri menuju ke destinasi ini.