Saturday, December 5, 2009

peristiwa d cuti raya

raya haji tahun ni memang meninggalkan banyak kenangan. mna x nyer, sehari sblum tu adik aku yang memandu kereta baru nyer tercium kereta orang tapi bukan itu yang best tapi rentetan dari peristiaw tu, aku melalui proses2 yang wajar dilakukan jika berlaku kemalangan seperti itu. mula dari mencari balai polis yang betul sebab kalau x, jadilah mcm bola ping pong, jenuh juga mncari, dah lah kwsn x berapa kenal dan papan tanda pun x ada untuk mmbntu. tanya kat juru tol, hampeh! tanya kat cashier petrol kiost pun mendap, agaknya dorg ni pun bukan org tmptn kot macam aku...setelah melalui jam2 yang memeritkn akhirnya kami pun teruskan perjalanan ke selatan.

hari raya pun tiba, walaupun x semeriah raya puasa, masih ada saudara yang dtg bertandang. malamnye, mak mertuaku membuat doa selamat untuk adik iparku yang cukup 7 bln mengandung dan aku ambil kesempatan meraikan hari jadi anak gadisku.

sehari selepas hari raya, aku mengkhatankan anak bujang aku yang nak msk 12thn thn depan. segala proses berjalan dgn lancar, alhamdulilah. aku juga mengambil kesempatan mengkhatankan anak perempuan kecilku. mujur doktor kegemaranku ada, jadi dapatlah aku melaksanakan proses itu dengan jayanye.

alhamdulilah, segala2nya berjalan dengan lancar.

sewaktu dalam perjalanan pulang ke lubuk rezekiku, macam2 yang dpt kulihat. dari anggota polis yang terlibat dlm kemalangan, duyunan kereta2 dari utara ke selatan, kesendatan RnR menerima tetamu dan jam yang bermula sebelum linggi dan berakhir di seremban. kalau biasanya, hanya 4 atau 5 jam perjalanan, x ini aku meredah 8jam perjalanan. setelah menanggung kesenggalan, akhirnya sampai juga aku di rumah. Allahhuakbar!

dan nampaknye, aku masih tidak bejaya untuk berhari raya ke rumah nenda sekali lagi, Allahakbar!

No comments:

Post a Comment